Resipi ayam masak lemak cili api
Masak lemak putih atau kuning memang kegemaran saya dan bila kahwin suka masak lemak labu kuning walaupun hakikatnya tak pandai. Kejap cair kejap masam kejap labu hancur. Hehehe
Tak mengapa kata orang kampung, 'practice makes perfect'. Terus cuba dan ambil petua dari mereka yang pandai dan tiap kali merasa masak lemak di mana-mana saya gemar meneroka tekstur dan rasa yang mana yang paling kena dengan tekak sendiri.
Hinggalah suatu hari suami ajak makan masak lemak daging salai di negeri sembilan. Mulanya saya ragu juga sebab tak makan pedas tapi sekali rasa mak ai pedas terangkat tapi sedapnya tak terkata. Paling kena dengan selera saya (tolak pedasnya la hehe). Tekad nak cuba sendiri di rumah maka hasilnya seperti di bawah ini. Jom kita masak.
Bahan:
5 ketul ayam saiz sederhana
*1 inci kunyit hidup (boleh ganti serbuk kunyit)
*Sebiji cili padi (jika suka pedas, lebihkan)
Santan kotak kara (saya guna setengah sahaja)
1 1/2 cawan air
2 batang serai saiz kecil
2 keping asam gelugur/keping
Sehelai daun kunyit racuk halus (tiada pun tak apa)
*bahan ini ditumbuk lumat
Cara-cara:
1. Ayam dimasukkan ke dalam periuk dan digaul bersama bahan tumbuk dan serai biar rata
2. Buka api sederhana kemudian gaul ayam tadi dalam 2 minit kemudian masukkan santan dan air. Gaul rata dan biar hingga mendidih.
3. Masukkan garam dan gula serta asam keping. Renehkan atas api hingga pecah minyak dan menjadi kepekatan yang disukai
4. Rasakan masam dan lemak secukup rasa kemudian masukkan daun kunyit. Gaul sebentar dan tutup api.
Siap masakan kita dan boleh dihidangkan bersama ulaman, telur masin jika suka dan budu atau sambal belacan mahupun sambal kicap.
Moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment